السلام عليكم
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..
Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
64 comments:
setuju mengenai yang bila perempuan puji lelaki lain di depan dia , means ppuan tu just nk menguji llaki tu je...:)
suka entri ni :)
suka entry nie sgt2.. hehehe..
lelako msti tahu semua ni. .hukhuk~
alangkah baiknya andai lelaki tahu.. ;)
setiap pasangan kena hargai satu sama lain..
insyallah mereka tahu amanah dan tanggungjawab mereka... kerana merekakan khalifah ILAHI...?
menyentap hati memo. sememangnya, itu la perempuan, yang lelaki patut tahu & pahami.
tengs cik Nelly. love u! :)
Andai lelaki tahu... :)
masalahnye kadang2 lelaki tu bangang. tak paham2.
adoi.
Miss Dill^^
sgt berbangga menjadi seorang wanita...
huu,,betul² menyentuh hati,, bg fie ape yg diatas tu tepat dan padat ^_^
jd tolong hargainya wahai lelaki..
janganlah permainkan hati perempuan
nellly !!!!!!!! nik suke giler entry ni ntah kenapa tapi kebenaran sangt teserlah... :D kalau ade button like tu dah lama nik klik bnyk2.. hahaha
WOW...BWSHNYER...ARTIKEL NIE...
andainya lelaki mengerti semua ini..huh...
tp lelaki tak pernah tahu dan tak pernah amik tahu.
woooo... nelly lama tak dtg blog auntykan. aunty pun sama le..
tak stujuuu...haha,dh semua perempuan mesti la setuju =P
wahh nelly best bce ni dr atas sampai bawah! :')
Suka.LIke.Andai Lelaki tahu...^_^
suka sgt ! <3 nak mintak share kat my blog yea :) http://alienitumira.blogspot.com/
nice...entry...:)
thnx tau datng melawat...:)
awak dah join contest cabutan bertuah kat blog sy??
seandainye lelaki tahu ape yg di inginkan wanita, confirm xkan berlaku penceraian melainkan perempuan tu yg gedik mintak.. heeeee...
Waalaikumussalam.. =)
andainya perempuan juga tahu pasti saling melengkapi XD
hurmm.. complicated sket la kl ckp hbgan ntra lelaki dan perempuan ni.. pape pn kna bijak utk handle.. ;P
Assalam Nelly....
Lelaki memang begitu dan begitu.
tapi ramai lelaki yg x nak ambik tahu huhuhuh
nelly twu tak, beyla suruh boy beyla ngn abg beyla bace bnde ni.
pastu abg beyla ckp, nanti die buat andai perempuan tahu pulak.
ishkk, kejam tol dorang.
wakakaka. :D
perempuan adalah hidupan yang unik dan abstrak :)
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
ayat tu paling best..sobs
as salam..
wah!
er..saya tak reti bercinta..maka saya menolak beliau..
saya tak tahu
@_@"
dan baru tahu lepas baca..
terima kasih..
oo..dah tak sempat..hm..takpe la..
huuu..
@_@
perempuan..satu anugerah..
cam pernah baca sebelum ni..ehehe
Terharu la baca ni.. huhuhh
assalamualaikum
trime kasih kerana mengingtkan kerana sbg lelaki byk yg sy tak tahu
errm...andai lelaki tahu semua tu..huuuuuuuuu...
*sedih*
andai lelaki tahu..masalah kdg2 tau tp wt2 tak tahu..haha
luv entry nih...
wah.. nak kene copy paste tampal kt dinding umah ni.. hahaa
Statement perempuan yang bikin panas!!
<a href="http://annikabubble.blogspot.com/2011/03/deco-deco-beng-beng-boong.html>deco beng beng boong blog aku!!</a>
sangat suka entry ni!!
salam singgah dr mummy weiyda!!
nice entry!!
keep it up blogging ya!
new netry : http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/kisah-cinta-sejatii-ko-ada-cinta-sejati.html
em.. nak setuju ke x ni ye.. nak setuju ke x ni ye.. em
nice! suke entri ni..betul2!!!!!
Sukenye...comel-comel~
wah....
terkesima sekejap bila baca yang ini...
hehe...
best...
(n_n)
wah....
terkesima sekejap bila baca yang ini...
hehe...
best...
(n_n)
Myra : memang betul pun ~
=)
Cik ayin : ^^
nonoy : kalau tau ~
faiz : nelly setuju !!
Cik bidadari : semestinya ..
memo : haha .
=)
sophie : betul2 ..
MYA : Maceh !
puteri ain : andai ~
adzriel : hehehe
N : Haha ..perempuan kena setuju ..
=p
Dayana : sweet !!!!!!!!!!
airaniez : andai saja !~~
niesz : betul2 ..
kalau perempuan tu mintak susah la ~
ieda : masalah ~
nabielahuda : haha .
perli betul ~
Kay_are : wajib setuju !
OE : HAHAHA
setuju dengan abang nabielahuda.. xsabar nak menanti entry "andai perempuan tahu" hehe :D
amboi ..hahaha
Post a Comment