Tuesday, January 25, 2011

Pertandingan untuk blogger

kindergartenlibrary | 8:50:00 PM | 26Comments |
السلام عليكم



Nelly tahu peraduan "SAYA ADA IMPIAN" melalui blog Puan Bee . .

Seperti yang kita ketahui , semua orang ada IMPIAN . . Bermacam-macam impian ada dalam hidup seharian mereka . . Tentu sekali impian itu kena bermula dengan kehendak kita dan usaha kita untuk mencapai impian tersebut . Nelly juga tak lari untuk mencipta satu impian . . Impian yang mungkin mengubah hidup Nelly . .
Kerana Nelly juga seorang insan biasa yang sama seperti manusia lain dan merupakan hamba Allah atau KHALIFAH di muka bumi ini .

Nelly pernah mendengar 1 kata-kata pakar motivasi yang mengatakan "TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA" . . Itu tentu semua orang sudah tahu bukan ?
Ada juga pakar motivasi dibeberapa kem yang pernah Nelly pergi yang juga mengatakan "SETIAP ORANG YANG MEMPUNYAI IMPIAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN . "
Pernah dengar kata-kata motivasi dari pakar-pakar motivasi ?


Mereka mengatakan :


“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.


No person is what he thinks he is, but what he thinks-he is : Robert Anthony


“The poorest man in the world is the man without a dream.The most frustrated man in the world is the man with a dream that never becomes reality.”-Myles Munroe


“Whatever you can do or dream you can, begin it. Boldness has genius, power, and magic in it. Begin it now.”-Goethe


Alangkah malangnya kita jika tidak pernah mempunyai impian apatah lagi untuk melakukan tindakan ke arah itu !  Jika kita tidak mempunyai impian , kita boleh diumpamakan seorang yang tidak mempunyai rasa hormat pada diri sendiri . Tambahan lagi , kita akan menemui kegagalan kerana tidak dapat menentukan siapa diri kita di masa hadapan . 


Kita perlulah mencari impian yang LOGIK atau DITERIMA AKAL untuk memenuhinya . .
Jika kita mahu memenuhi sesuatu impian hanya untuk menunjuk-nunjuk , kita akan membunuh potensi kita sendiri . Bagaimana ? Kita hanya akan tahu menilai diri kita hanya berdasarkan penilaian orang terjadap diri kita . . Nampak sangat seolah-olah kita tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk mencapai impian . .

Jika mahu mencapai sesuatu kejayaan , tidak pernah ada had yang mengatakan kejayaan itu terhad . . Selagi mempunyai impian tersendiri dan mahu mencapai kejayaan , sifat ingin tahu dan meneroka akan semakin menebal dalam diri kita . . Tanpa kita sedari , kita akan lebih maju kehadapan berbanding insan-insan yang lain .

Bagaimana kita mahu mencapainya ? Hanya dengan keyakinan ? Hanya dengan usaha ? Tidak !
Ada berbagai-bagai cara . Antaranya dengan berdoa kepada Allah kerana kita hambaNya yang memerlukan pertolongan dan kemudahan dariNya . . Tak lupa juga untuk meminta pendapat rakan-rakan yang lain untuk tahu bahawa kita masih memerlukan pendapat dan idea yang bernas untuk berjaya . . Adalah lebih baik untuk meminta pendapat orang-orang sekeliling yang telah mencapai hidup mereka dengan jayanya dan tanpa kita sedari , secara tidak langsung kita boleh menggabungkan idea kita sendiri untuk menghasilkan jalan hidup yang baru . .

TUKAR IMPIAN KEPADA WAWASAN
Impian kepada WAWASAN ? Bagaimana ? 
Ingatlah bahawa wawasan itu lebih jelas seolah-olah kita ada tujuan dalam hidup dan kita mesti mencapai sasaran hidup dalam tempoh yang ditentukan . Kita perlu membina wawasan yang jelas ! ! 
Wawasan yang KABUR tidak layak dipanggil WAWASAN kerana ia tidak dapat meransang jiwa dengan baik . . 

Jika kita mempunyai rasa tanggungjawab , kita tidak akan pernah menyalahkan orang lain sekiranya kita GAGAL dalam mencipta sejarah hidup yang BAIK dan BERJAYA . . .
TINDAKAN KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA . .  Segala tindakan berpunca dari diri sendiri dan kita kena salahkan diri sendiri kerana tidak berbuat silap dan yang paling penting , kita kena mencuba yang TERBAIK sebelum menemui KEGAGALAN yang mungkin belum masanya untuk mencapai kejayaan dan impian kita . .

Bak kata pepatah : "HENDAK SERIBU DAYA , TAK HENDAK SERIBU DALIH"

Hadiah :


Pemenang Utama :-
1. MacBook (TOP REFERRER)
2. RM 500
3. Nokia N8 (Pengomen Terbanyak)
4. Percuma 2 Tiket Seminar Master Arsyad
5. JV (Joint Venture) bersama Master Arsyad
6. Percuma 2 Domain setahun
7. Percuma Majalah Jutawan (langganan setahun)
8. Percuma 1 Tiket Dr Azizan Osman ditaja oleh Master Arsyad
9. Percuma 1 Tiket Abang Abu (Jutawan Singapura) ditaja oleh Master Arsyad
10. Percuma Template Web & produk Master Arsyad bersama pendrive beharga RM400
11. Percuma 1 Tiket Dato Dr Ibrahim ditaja oleh Master Arsyad
12. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 4 bulan
Hadiah Kedua
1. RM 200
2. Percuma 3 Botol Minyak Wangi terapi
3. Percuma 1 Tiket Mind Power Of Millionaire ditaja oleh Master Arsyad
4. Percuma Topup prepaid RM70
5. Percuma langganan Majalah Jutawan 6 bulan
6. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 3 bulan
Hadiah ketiga
1. RM 100
2. percuma 1 Botol minyak wangi terapi
3. percuma topup prepaid rm 30
4. percuma Majalah Jutawan 3 bulan
5. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 2 bulan
Hadiah Saguhati
1. Percuma 3 buah ebook paling top bernilai RM180
Tarikh Tutup :-
- 31 Disember 2011
- Tepat Jam Pukul 12


Sesiapa yang join mesti tulis : "Saya tahu 'aku ada impian' dari Nelly

26 comments:

AfiqahZ said...

whoa, all the best ! :)

aliza zeke said...

gud luck nelly :)

dyana said...

hey,, btul tu,,
kite hidup nie mesti ade impian dan matlamat.. (=

Puan Besar Shag Yahaya said...

Pergh~ Paling lama punya kontes! ujung tahun ni baru tutup. Kentang lah. Hadiah pom meletop habis! Good Luck, Nelly!

zaty luvlianncez said...

uhh..nelly nk tnya..yg mcm animation yue amek mna

pic bergerak tu

penglipur said...

singah bace entry..

anda di tag cinonex..meh2..hehe
http://cinonexcoreyan.blogspot.com/2011/01/segmen-my-favourite-artist.html

kay_are said...

macam dak kecik je tapi bahase die.. tinggi nye.. respek2.. =) gudluck ye.. beso2 adiah die bagi.. try join r jap g.

Noor Fatin said...

wah! gudluck! :)

Unknown said...

Gud luck yo Nelly
^_^

Firdaus Life said...

whoaa pertandingan. :D

Nur Liyana said...

hadiah dye sgt best!!!! :DD

nurul rasya said...

hadiah lumayan wo

kindergartenlibrary said...

aliza : tahnk you .

kindergartenlibrary said...

aliza : thank you

kindergartenlibrary said...

dyana : yup .tahu tak apa .

kindergartenlibrary said...

puan besar shag yahaya : yup . . hehe ..maceh er ..
=)

kindergartenlibrary said...

zaty : nanti nelly bagitahu
=)

kindergartenlibrary said...

cinonex : hehe .
maceh tag nely

kindergartenlibrary said...

kay_are : suka menulis lah .
hehehe

kindergartenlibrary said...

noor fatin : thank you

kindergartenlibrary said...

atok : maceh2 .

kindergartenlibrary said...

freaky : yup .
hehe

kindergartenlibrary said...

y-a-n-a : yup .tahu pun
=)

kindergartenlibrary said...

she's retarded : haha ..
=D

Bee said...

gud luck ! nelly tak tulis nelly tahu dari siapa dan pesanan buat pembaca blog nelly supaya jadikkan nelly refferal tu..rugi lah nelly hee

kindergartenlibrary said...

hehe .
ada rezeki , adala .
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...