Saturday, January 15, 2011

Pertandingan : Apa itu kitar semula ?

Elvy Nellysha | 9:38:00 PM | 14Comments |
السلام عليكم

Nelly nak buat 1 entry yang berkaitan APA ITU KITAR SEMULA ? ?
Ia dianjurkan oleh Fitri

Geografi balik ke ? Hehe . . Kali ini , Nelly tulis bedasarkan apa yang Nelly tahu . .
Perah otak lagi ~
Hehe . .


Apa yang Nelly tahu , kita ada tong sampah kitar semula yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembuangan sisa yang boleh dikitar semula . Kitar semula ini adalah satu cara untuk mendidik masyarakat mengurangkan pembuangan sampah . Ia juga menjimatkan wang kerana kos pelupusan sampah yang tinggi . .
Sebagai contoh , kitar semula ini terdiri daripada kertas , tin , kaca . . Tetapi , ia tidak boleh sesuka hati dimasukkan ke dalam tong sampah kerana ianya mempunyai kod warna untuk memudahkan bahan-bahan tersebut diagihkan . . (Dah macam karangan . .  Haha . . )

Nelly mencari pengurusan kitar semula dan terjumpa : INI

Kod-kod warna itu :

Nelly pernah mendengar bahawa daun-daun yang kering juga boleh dijadikan bahan kitar semula seperti menjadikan ia sebagai baja dengan menghancurkan daun-daun kering tersebut .
Ada juga tayar yang dijadikan hiasan pasu bunga .

Jingga

-Ia hanya boleh dimasukkan bahan-bahan khas seperti tin aluminium , tin keluli atau plastik . Ia tidak termasuk bekas cat , bekas bahan toksik atau peralatan makmal . .


Biru
-Ia hanya boleh dimasukkan kertas samada kertas berwarna atau tidak berwarna seperti majalah , surat khabar , buku , risalah , kalendar . . Ia tidak termasuk kertas karbon , kertas minyak atau kertas yang kotor .

Coklat
-Ia hanya boleh dimasukkan bahan seperti kaca seperti botol vitamin , botol plastik . Ia tidak termasuk seperti kristal , cermin atau bohon bahan toksik .

Pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar . .

Ibu bapa 
-Perlu menjadi contoh dengan mengajar anak mereka untuk membuang sisa pepejal ke dalam tong sampah yang betul .

Guru
-Perlu memberi pendidikan yang berguna mengenai kitar semula .
-Mendidik dan menunjukkan nilai-nilai murni mengenai kebaikan kitar semula .
-Menyediakan tong sampah kitar semula di kawasan sekolah .

Masyarakat
-Mempergiatkan lagi usaha untuk mengumpul bahan-bahan kitar semula .
-Membuat penerangan antara satu sama lain dengan lebih mendalam seperti mengadakan mesyuarat .
-Bekerjasama menyokong aktiviti ini .

Media massa
-Mengadakan kempen dan menerangkan lebih mendalam mengenai kitar semula kepada masyarakat .
-Membuat liputan mengenai kitar semula atau wawancara bersama pihak yang terlibat dalam pengurusan kitar semula .
-Mengadakan pertandingan untuk masyarakat mengenai kitar semula dan kebaikannya .
-Menyatakan faedah kitar semula kepada masyarakat dengan cara yang kreatif dan menarik .
-Memaparkan lagu-lagu kitar semula dengan kreatif .

Pihak berkuasa
-Meletakkan tong sampah kitar semula di kawasan perumahan .
-Menguatkuasakan undang-undang kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati seperti mengenakan denda .

Siap dah entry yang panjang menulis ini ! 

14 comments:

ila said...

wah..nie da bole buad karangan dah nie..
heheh

biskut said...

boleh tak kalau manusia dikitar semula....?

nelly said...

ila : hehe . . just buat ikut apa yang tahu saja .

nelly said...

biskut : manusia ? eh , mana boleh kot .
hehehe

kiwi said...

gud luck ^^

nelly said...

maceh . . .

Mohd Fitri said...

terima kasih turut serta. tunggu untuk sebarang kemaskini

nelly said...

sama-sama

=)

MJ said...

gudluck nelly!
kagum dgn jepun yg bersih..hehe..mudah2an malaysia pun bersih cm2 gak..^_^

nelly said...

tahu tak pe .
samala . .
hehehe

zaty luvlianncezzz said...

point2 tuk wat esei

hehe

tingat zaman skola pulak

nelly said...

bukan zaty saja .
nelly pun .
hehe

zaty luvlianncezzz said...

hehe

mst terer bm dlu kn

nelly said...

terer bm ?
hahaha . . tgu keputusan spm nnti .
kih2 . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...